Make Money With 10-cash.com

10-cash.com

Click Please...

Monday, August 02, 2010

KESEMPATAN YANG ADA















Malang sekali bila menatap blog saya yang tidak terancang isi kandungannya.Sekalipun pada awalnya saya berharap menjadikanya dairi peribadi yang dapat di kongsikan bersama.Namun hakikatnya ianya tidak lebih sebuah blog yang tidak terurus langsung.


Masa terjadi khabar akan pembongkaran perkampungan tempat saya sekeluarga menyewa,semua jadi kalang kabut.Kalangkabut memikirkan dimana kami akan berpindah kalau pembongkaran tersebut menjadi kenyataan.Tempoh yang di ketauhi umum terlalu singkat untuk berbuat apa-apa,ini menambah kerisauan seluruh penghuni kampung.


Kg.Bakau bukanlah kampung yang jelas statusnya.Ianya perkampugan di atas paya bakau di sebelah utara kampung Likas.Orang lama di kampung Bakau kadang-kadang memanggilnya kampung Likas Utara saja.Ianya tidak jauh dari perkampungan likas asal,iaini perkampungan yang berbagainama itu.tetapi yang pasti kampung atau rumah murah kampung likas berada di tengah-tengah sekian banyaknya kampung kecil di Kg Likas.Kebanyakan kambung yang timbul di tepi-tepi perumahan kos rendah atau rumah murah Kg Likas adalah bertaraf setinggan rasanya.

Kampung Likas menjadi tumpuan penyewa bilik seperti keluarga saya .Begitu juga sekian banyaknya kampung di sekitar Kota Kinabalu ini menjadi tempat tertumpuanya penyewa bilik mahupun rumah.Yang kesemuanya bekerja di sekitar pusat Bandar mahupun sekitar Pantai Barat.

Hakikat rumah atau bilik sewa di dalam perkampungan jauh lebih berpatutan berbanding di pusat Bandar.Ataupun di bangunan komersil yang banyak di sekitar Kota Kinabalu.Di samping suasananya yang masih seperti asal kampung para penghijrah ekonomi ini.Seperti Juga keluarga saya.

Suasana kampung yang masih hidup menyebabkan banyak yang memilik menyewa di sekitar perkampungan di banding bangunan-bangunan komersil di sekitar pantai barat.Silaturahim dan semangat kerjasama di kalangan orang kampung juga menjadi factor besar.Berbading di bangunan komersil yang tidak saja mahal malahan tidak adanya maufakat sesama jiran.Malahan di sesetengah kes kejiranan tidak perlu wujud langsung.Ini lebih menyuburkan kejadian jenayah terutama kecurian,pecah rumah dan pergaduhan.

Kg Bakau masih tetap memiliki kehidupan masyarakat yang di dambakan manusia berhati manusiawi seperti keluarga saya.Ini mengikut pengalaman saya mnyewa bilik di tengah Kota Kinabalu sebelum saya mendirikan rumah tangga dan berpindah ke Kg Bakau,Likas.

Ruang bilik di tengan bandar amatlah sempit,lebarnya hanya lebih kurang sepanjang ukuran badan kita berbaring.Ruang untuk memasak,makan dan menonton itulah juga ruangan untuk tidur .Sewa yang di kenakan antara RM200 ke RM250.Itu belum termasuk barangan elektrik yang kita gunakan.Kita hanya di benarkan mengunakan tiga macam barangan elektrik iaitu,television,kipas meja dan periuk nasi.Selebihnya jika ada,kiat harus menambag bayaran RM 5 untuk setiap alatan elektrik tersebut.


Berbalik kepada Kg.bakau,kerana kekalangkabutan itu,saya tidak terfikir mengambil gambar semasa pihak penguat kuasa datang merobohkan rumah orang kampung.Kalau tidak silap saya dua minggu setelah pilihanraya.Tiga atau sebulan selepas calon yang menang memberi jaminan akan mempertahankan Kg.Bakau.Tapi buktinya hanya retorik pilihanraya saja.

Waktu itu saya tidak terfikir pun mengenai blog saya yang sudah usang.Namun setelah semuanya selesai dan hampri dua tahun sudah berlalu isteri saya dapat membeli rumah dengan pinjaman bank.Saya yang kerja jauh dapat juga tumpang dengan rumah isteri.

Mungkin agaknya rezeki anak kami Muhammad Firdaus.kebetulan dalam rangka saya mengumpulkan antologi Bicara Sepi Sepasang Mata dan di antaranya ada pula sesuai untuk foto anak saya.Sajak yang lama saya tulis seblum anak saya lahir,tinggal saya sesuiaikan dengan gambarnya saja.Syukurlah dengan kurnian-Nya kami mendapat zuriat setelah lima tahun berkhawin.















No comments:

Untuk 8 berita terbaik minggu ini

Search 2.0

Friends & Partners