Make Money With 10-cash.com

10-cash.com

Click Please...

Monday, August 02, 2010

Pelabuhan Pulau Nunukan Awal tahun 60an

Pelabuhan Pulau Nunukan awal tahun 60-an tidaklah sebaik hari ini.Kebetulan saya sempat melawatnya sekitar awal tahun 2005 kalau ingatan saya betul.Tika itu ianya hanyalah sebuah pelabuhan kayu .Di sekitar pelabuhan di dirikan toko-toko daripada papan dengan ukuran seminimal mungkin.Jaringan pengangkutan juga tidak begitu baik.Namun sudah ada laluan kenderaan ke kaki bukit di mana kami tinggal.Jalan tanah merah yang tidak pernah di gunakan kenderaan .Betul-betil berakhir di hujung lorong pejalan kaki menuju kawasana perkebunan di sekitar lereng bukit dan sekitarnya.Namun jalan ini tidak dapat di sambungkan terus ke pelabuhan kerana terdapat sungai kecil.
Sering jika kita berjalan ke pelabuhan yang juga menjadi pusat komuniti pulau berurus niaga kami akan melalui tanah perkuburan suku Tidung.Menurut orang mereka adalah penghuni asal pulau .Selepas melewati tanah perkuburan melalui lorong sempit kita akan sampai di penghujung jalan tanah merah yang tidak digunakan kenderaan tadi.Terdapat satu jambatan tidak kukuh di bina di atas laluan sungai.Namun jambatan ini tidak sesuai untuk di lalui oleh kenderaan melainkan hanya berfungsi sebagai jambatan pejalan kaki.Secara umun penduduk pulau datang ke pasar dan toko-toko yang tertumpu dekat pelabuhan dengan berjalan kaki.

Sungai yang memotong jalan tanah merah tadi menjadi tempat anak-anak sekolah singgah mandi bila balik sekolah.Berdekatan sungai di sebelah hulu,terdapat sumur yang menjadi sumber air minum dan mandi selain air hujan.Terutama sekali waktu musim kering.Dalam banyak perkara ianya menjadi sumber air utama pekebun sekitarnya.
Ayanda dalam banyak waktu selalu mandi di rumah saja terutama seandainya banyak kapal berlabuh di pelabuhan.Abang dan anak-anak pengangguran yang tinggal di rumah akan mengangkat air dari sumur untuknya.Begitu juga adik-adik,kakak dan ibu,mereka lumbrahnya mandi di rumah saja.Ayanda hanya ikut ke sumur jika waktu banyak waktu terluang di Pelabuhan.Biasanya ia menghabiskan waktu dengan berkebun.
Kakak sebenarnya anak angkat ayanda di ambil sewaktu kenaikan pangkat sebagai leftenen Komando.Kebetulan ahli keluarga yang yatim-piatu.Kakak juga bersama keluarga semasa keberangkatan ke Pulau Nunukan dari Sulawise secara senyap-senyap.
Awal tahun penghijrahaan ayanda,rumah di lereng bukit sememangnya hanya kami sekeluarga.Sehingga ayanda di lantik menjadi pegawai keselamatan pelabuhan,keluarga kami mula bertambah meriah.Terutama dari kalangan perantau yang ingin menyeberang ke Malaysia mencari pekerjaan.Waktu itu Sabah sedang giat membangun sumber perekonomiannya iaitu pembalakan dan perladangan.Pengaruh dari perbezaan nilai mata wang yang besar tidak dapat di nafikan.Dan dalam kegairahan meratau itu tidak semua yang berjaya langsung menyeberang ke Sabah.Banyak juga yang terpaksa menanti agen-agen pencari pekerjaan berbulan-bulan tanpa kerja.
Di antara mereka ada yang menumpang di rumah menjadi sebahagian keluarga kami.Membantu ayanda di kebun terutama waktu ayanda sibuk bertugas di pelabuhan.Bagi yang sudah berkerja di seberang mereka akan singgah sehari-dua sebelum sama ada berangkat ke kampung atau pun kembali bekerja ke Sabah.Bagi yang baru mendapat pekerjaan di Sabah mereka akan menyeberang sama ada secara sah atau pun semokol.Tapi waktu itu rata-rata pencari pekerjaan semokol masuk kerana waktu itu peraturan ketat tidak dilaksanakan lagi
Semuanya bermula dengan membantu perantau terkandas di pelabuhan yang tidak ada tempat untuk berteduh.Akhirnya rumah dan ayanda di kenali ramai perantau.Terutama sekali perantau yang perlu tempat tinggal untuk waktu menunggu pekerjaan yang tidak menentu peluang kerja.Kebetulan pula kebanyakan mereka merantau dengan tidak ada persedian. Ramai di kalangan mereka dari keluarga miskin dan tidak akan dapat bertahan lama menanti pencari pekerja dari seberang Sabah.
Ayanda punyai sikap sentiasa ingin membantu terutama membantu anak banganya sendiri.Justru hasil kebun dan penghasilan sebagai pegawai keselamatan pelabuhan banyak di salurkan dalam menyediakan kebutuhan dapur.Untungnya ada kebun kerana kebanyakan kebutuhan mentah dapat di usahakan oleh kalangan pencari kerja itu sendiri.Itu pun tidak semua punyai keinginan untuk kerja di kebun yang agak kasar.Namun secara garis kasarnya tetap dapat memberi impak kurang baik kepada kewangan keluarga.Sudahnya ayanda berusaha cukup kuat hanya untuk melunaskan hutang keperluan dapur.

No comments:

Untuk 8 berita terbaik minggu ini

Search 2.0

Friends & Partners