Seawal subuh lagi hujan sudah turun.Gemuruhnya di atas atam cukup membuat orang yang sedang nyenyak tidur terbangun.Di kamar kontrakan tentunya lain setuasinya.Atap rumah yang berkarat membuat sesiapapun di bawahnya akan menjadi cemas.Hujan mula menitis menembusi siling rumah yang sememangnya sudah tidak bisa di harpkan lagi.Tidur menjadikan agak merimaskan.Terpaksalah tidur dicelah-celah bekas takungan titisan air hujan.
Bergerak ketempat kerja seawal 6 pagi ke 7 pagi.Kalau lewat dari itu bererti kita akan berhadapan dengan kesesakan lalulintas yang mungkin memakan masa satu-dua jam baru sampai kepusat bandar.Kesesakan akan bertambah terasa bila mendekati pusat bandaraya kerana kerja-kerja pembinaan jalan bertingkat sedang rancak di lakukan.Kemarin saya ada mempaparkan dua keping foto setuasi pekerja di tapak projek.Mereka mula bekerja seawal 7 pagi dalam apa setuasi cuaca pun mereka akan bekerja.
Hari ini aku semulanya seperti selalu memikirkan tidak dapat menghasilkan apa-apa semalaman.Melainkan terlalaikan oleh television.Bila bagun pagi dan berangkat kerja mula terasa kayaknya aku cuma tahu khyalan saja.Tapi aku tetapi bersemangat untuk koleksi Manusia Perburuhanku seperti yang aku selipkan disini;



Saya cukup tertarik dengan foto-foto seumpamanya,cuma saya belum cukup mahir dengan dunia fotografik ini.Tapi saya akan mendalaminya secara semulajadi mahupun melalui pembacaan.
Penderian saya dalam pendidikan agak lain rasanya,kerana saya tidak mahu menuntut tinggi-tinggi hanya untuk mendapat ijazah kemudian berusaha meraik kerjaya yang lumayan.Saya suka bekerja dan belajar untuk memenuhi keinginan batin saya kepada ilmu pengetahuan.Jadi saya suka mempelajari sesuatu untuk pemahaman,pengetahuan dan kegemaran saya sekaligus menambah pengetahuan saya.Jauh untuk merauh kerjaya bergaji lumayan.
Semasa saya pulang dari pusat bandar ke kamar sewa,setuasi di setiap perhentian bas memang cukup sibuk.Bas pengangkutan awan semuanya memuatkan penumpang bersesak-sesak macam ikan sardin.Saya duduk mencangkung di tepi jalan memerhatikan gelagat penumpang yang asik berebut menaiki bas.Begitu juga halnya konduktor bas yang asik teriak kemana arah basnya walhal di hadapan bas sudah terpapar haluan bas.Sering pula mengunakan tipu-muslihat untuk memujuk penumpang naik berasak-asak.Kita dapat menghidu permacam-macam bau badan penumpang yang penat pulang dari bekarja.Kita akan dengan mereka akan kata;"banyak kosong bos.Di depan banyak orang turun.Naiklah !"Memang di perhentian bas terakhirnya juga di depan jadi jangan marah kalau sudahnya anda terpaksa berdiri berasak-asak sepanjang perjalanan anda.
Bandaraya Kota Kinabalu
Ada ketikanya terbahak-bahak
menuangkan semua kehormatan
keegohan sering pula melupusan keintelektualan
Berapa ramai yang akan tertawa
kalau manusia seutuhnya tampil formal dan koprat
teriak mengunyak bahasa dari kolong peradaban
jauh lebih keparat
Di hujung jalan
tepi perhentian bas
anak mudah di caci seorang gadis yang baru pulang
kerana cuba memikat
bajunya ketat
seluar melekat
sampai tidak ada rahasiah lagi sebenarnya
yang bercumbu-cumbuan di dalam angkutan awan
sesak-mampat
mahu kelihatan moderat
keparat dan berkarat macam orang dari barat
Bandaraya Kota Kinabalu
aku tangkap lagi suara tawamu
mengelaik ke kaki langit
Utuh Karya Jaya
21/9/2005
Kg.Likas,Kota Kinabalu,Sabah
Malaysia.
No comments:
Post a Comment